JomBiz! KitNiaga StorePRO
JomBiz! KitNiaga Semudah ABC merupakan satu kit lengkap perniagaan online yang dibangunkan bertujuan membantu usahawan atau bakal usahawan dalam perniagaan online. JomBiz! bukan hanya sebuah sistem atau sekadar seminar, tetapi ia merangkumi semua aspek yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan online. Setiap usahawan akan menerima sistem, latihan dan bimbingan, sokongan, bahan pemasaran serta panduan lengkap untuk berniaga online.
Tonton Video Di Bawah Bagaimana Nak Grab Produk Dari Marketplace Terkemuka Dan Jual Di Kedai Online Anda
"Revolusi perniagaan online sebenar! Kit Perniagaan Online yang paling lengkap untuk anda mula berniaga."
Kepentingan laman web terutamanya kepada syarikat dan perniagaan tidak dapat dinafikan lagi. Melalui laman web, pengguna dapat mengetahui maklumat tentang sesuatu syarikat atau perniagaan tanpa perlu secara fizikal melawat premis. Maklumat yang sering dicari oleh pengguna ialah sepertiberita semasa, lokasi premis, produk atau perkhidmatan yang disediakan, tawaran pekerjaan dan sebagainya.
Sistem ini paling sesuai untuk anda yang mempunyai produk yang boleh dihantar secara pos kepada pelanggan atau perniagaan yang mempunyai banyak kategori produk. Sistem eCommerce ini boleh juga dijadikan dalam bentuk katalog, untuk penjual yang mahu pelanggan datang sendiri membeli di kedai mereka. Contoh perniagaan yang sesuai dan paling popular dijual secara online masa kini - fesyen & pakaian (baju, pakaian kanak-kanak, tudung, beg), bahan bacaan, barangan komputer, produk makanan (rempah segera, makanan kering), barangan kesihatan (produk herba tempatan, minuman kesihatan, vitamin tambahan).
Sistem KitNiaga ini mempunyai ciri-ciri yang amat sesuai diguna pakai dalam perniagaan online khususnya di Malaysia. Ia merupakan satu kaedah pengurusan perniagaan online yang berkesan. Dari proses tempahan, invois, penghantaran seterusnya kawalan stok, Sistem ini akan melakukannya secara automatik. Dengan fungsi utama ini, perniagaan online anda akan lebih mudah, teratur dan banyak masa dapat dijimatkan!
Sistem e-Commerce ini dibina mengikut standard antarabangsa. Pembelian boleh dibuat secara automatik oleh pelanggan selepas mendaftar sebagai ahli di laman web. Sistem check-out yang memudahkan pelanggan dan anda sebagai penjual. Anda berpeluang mendapat tunjuk ajar PERCUMA dari pengalaman kami yang telah berjaya memasarkan produk ke peringkat antarabangsa.
Antara kelebihan Kedai Online JomBiz! ini adalah:
✩ Ia mudah diuruskan. Tidak perlu tahu coding html atau php yang memeningkan kepala. Hanya dengan isi beberapa maklumat berkenaan produk, kemudian klik, klik dan klik.. produk anda telah sedia tersenarai dalam list untuk dijual kepada pelanggan.
✩ Mempunyai module atau widget yang boleh diatur dengan mudah.
Pilihan pelbagai bahasa selain Bahasa Melayu dan matawang Ringgit Malaysia sekiranya anda ingin mensasarkan pelanggan dari seluruh dunia. Ini menjadikan "kedai online" anda bersifat global!
✩ Boleh menetapkan kata kunci kepada produk agar lebih mudah mesra SEO (Search Engine Optimization) untuk mudah ditemui di enjin carian google dan sebagainya.
✩ Kadar pertukaran matawang yang dikemaskini secara automatik mengikut kadar tukaran matawang semasa (auto update currency).
✩ Tempahan akan direkod dalam sistem agar tersusun dan sistematik.
✩ Borang pesanan telah siap sedia diintegrasi dengan sistem.
✩ Mempunyai admin panel untuk menguruskan semua berkaitan web jualan.
✩ Bagi penjualan produk digital, ruangan muat turun automatik disediakan khas buat para pelanggan. keselamatan segala fail yang diupload juga terjamin.
✩ Module kos penghantaran menggunakan Pos Laju secara automatik mengikut kawasan telah dimasukkan.
✩ Template yang menarik untuk menjadikan Kedai Online anda unik daripada yang lain.
✩ Tersedia sistem bayaran automatik yang membolehkan pelanggan terus membuat bayaran secara automatik (online banking/FPX).
✩ Tersedia sistem CopyPastePRO yang membolehkan anda terus menjual jutaan produk yang disediakan!